CIKGU SAFFUAN
  • JURNAL
  • Matematik
    • Tahun 1
    • Tahun 2
    • Tahun 3
    • Tahun 4
    • Tahun 5
    • Tahun 6
  • Mengenai Penulis
  • AKTIVITI TERKINI
  • KARYA
  • JOM KURUS
  • Live Chart
Picture

PENGALAMAN POSTING DI SARAWAK

15/10/2019

1 Comment

 
Selepas beberapa hari di Marudi, selepas 3 jam mengharungi Sungai Baram dan Sungai Tinjar. Inilah sekolah pertama saya!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan PISMP ambilan Jun 2015 di atas berita penempatan ke sekolah mulai 4 November 2019 nanti. Gunakanlah masa yang ada ini sebaik mungkin sebagai persiapan sebelum bertugas nanti.

Kisah saya 5 tahun yang lalu,

KELAM KABUT DIBUATNYA

27 Januari 2015
"Hari ni merupakan hari yang paling terkejut dalam sejarah hidup aku. Mana tak terkejut, pagi ni cek egraduan tengok-tengok dah ada semakan penempatan. Alhamdulillah aku akan ditempatkan di Sarawak. Sarawak, entah le dapat kat mana. Hari ni dapat tahu penempatan hari ni juga aku terpaksa bertolak ke Kuala Lumpur sebelum meneruskan perjalanan ke Sarawak." Kelam kabut dibuatnya, sampai tak tentu arah.

Awal pagi saya tiba di Hotel untuk mendengar taklimat sebelum saya bertolak ke Kuching bagi menerima surat penempatan. Ya Allah, rasa berdebar-debar, di mana tempat saya bakal bertugas?
Picture
Senarai nama guru yang bakal berkhidmat di negeri Sarawak
Picture
Beg cikgu-cikgu yang akan bertolak ke Sabah dan Sarawak
Picture
Senarai PPD di Sarawak. PPD pertama dalam senarai "BARAM" PPD ini antaranya yang pada mulanya saya minta untuk tak ditempatkan. Doa dalam hati.

TERLEBIH BERSEDIA

Selepas mendengar taklimat penempatan di Kuala Lumpur, saya bertolak ke Kuching dan pada malam hari saya tiba di Kuching saya telah menerima Surat Penempatan. Rasa berdebar makin kuat. Akhirnya, saya ditempatkan di PPD Baram. Allah sebaik-baik perancang.
Picture
SK Long Sepiling merupakan sekolah pertama yang saya akan berkhidmat.
Lepas dapat tahu nama sekolah, terus Google cari maklumat dan baca serba sedikit mengenai sekolah. Lepas tu terus saya hubungi ibu untuk memaklumkan yang saya dah tahu di mana sekolah yang saya bakal berkhidmat. SK Long Sepiling, terletak kira-kira 6 jam perjalanan daripada Miri. Sekolah tepi sungai dan murid tidak ramai. Masa itu ada rakan-rakan lain yang memaklumkan aku yang SK Long Sepiling merupakan sekolah P3. Fuh~ terfikir pula apa halangan yang bakal dilalui.
Picture
Posting di FB sebaik sahaja dapat tahu sekolah. Sekali tengok murid di sekolah majoritinya Kayan
Picture
Siap bungkus baju dengan beg plastik. Ingat naik perahu, rupa-rupanya naik ekspress, 3 jam je dari Marudi Hahaha...

PERJALANAN YANG MEMENATKAN

Perjalanan dari Simpang Teniku ke Marudi. Masa itu jalan sangat teruk. Ambil masa 2 hingga ke 3 jam untuk sampai ke Marudi
Sebaik sahaja sampai di Marudi saya terus hubungi Guru Besar untuk maklumkan yang saya dah tiba dan akan melapor diri. Penting ye, cuba hubungi Guru Besar untuk maklumkan yang anda akan melapor diri. Kes saya alhamdulillah Guru Besar ada di Marudi dan ada line untuk saya hubungi beliau.
Picture
Dari 27 Januari hingga 2 Februari, saya masih lagi belum sampai ke sekolah. Dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur. Dari Kuala Lumpur ke Kuching, dari Kuching ke Miri, dari Miri ke Marudi. Ia perjalanan yang sangat memenatkan.
Picture
Sebaik sahaja sampai di Marudi saya dapatkan nombor telefon Guru Besar dan terus menghubungi beliau bagi memaklumkan yang saya dah tiba di Marudi dan nak melapor diri ke Sekolah. Jangan lupa ye hubungi Guru besar anda!

AKHIRNYA

Picture
Langkah pertama
Picture
Langkah kedua
Picture
Ini sekolah pertama saya

SENJA PERTAMA DI SEPILING

Picture
Picture
Bergambar dengan anak-anak murid saya di minggu pertama bertugas. Murid dari tahun 1 hingga 6, satu sekolah muat dalam satu gambar! Mereka anak-anak murid pertama dalam hidup saya!
Banyak persoalan bermain di fikiran. Saya memilih untuk senyap sambil mencari jawapan

Berapa lama aku akan di sini? - AKU TAK TAHU
Boleh aku survive di sini? AKU TAK TAHU
Apa yang akan berlaku 1 tahun , 2 tahun, 3 tahun dan seterusnya? - AKU TAK TAHU
Adakah aku masih di sini - YA, hahaha
​
Ok, ini kisah selanjutnya kisah pahit dan manis aku selama 2 tahun di SK Long Sepiling.
Klik di sini untuk kisah selanjutnya
1 Comment
Mrs. Victoria Johnson
24/12/2020 02:37:35 am

You are looking for a real financial loan company to procure a loan of 10,000 euros to 10,000,000 euros (for commercial or business loans, personal loans, personal loans, mortgage loans, car loans, debt consolidation loans, venture capital loans, health loans etc.))
Or is he denied a loan from a bank or financial institution for any reason?
Apply now and get a real financial loan. Processed and approved in 3 days.
PACIFIC FINANCIAL LOAN FIRM  We are an international loan lender which provides real financials to individuals and companies at a low interest rate of 2% with a valid identity card or international passport of your country for verification.Loan repayments start at 1 (one) year after the loan is received and the repayment period is 3 to 35 years.

For an immediate response and process your application for the border within 2 business days
Contact us directly through this mail: pacificfinancialloanfirm@gmail.com

Contact us with the following information:

Full name: ____________________________
The amount of money needed as a loan: ________________
Credit term: _________________________
The purpose of the loan: ______________________
Birthday: ___________________________
Gender: _______________________________
Marriage Status: __________________________
Contact address: _______________________
City / ZIP Code: __________________________
Country: _______________________________
Occupation: ____________________________
Mobile phone: __________________________

Send your request for an immediate response to: pacificfinancialloanfirm@gmail.com

thank

Chief Executive Officer Mrs. Victoria Johnson

Reply



Leave a Reply.

    SUPPORT US

    Telegram eMath

    Picture
    PROJEK SEPILING YOUNG ENGINEER 100% Dana berjaya dikumpul. Terima Kasih Semua!
    Picture

    Picture

    Arkib

    December 2020
    November 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    February 2019
    November 2018
    October 2018
    September 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    January 2018
    December 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017

    KANDUNGAN

    All
    Anggaran
    Bahagi
    Bahagi Pecahan
    Bahasa Korea
    Bentuk 3D
    Bundar
    Cara Menyebut Nombor
    Darab
    Inkuiri Matematik
    Kadaran Tahun 4
    Kelas Online
    Kisah Guru Pedalaman
    KOKURIKULUM
    Koordinat
    Koordinat Tahun 3
    Koordinat Tahun 4
    Koordinat Tahun 5
    Masa
    Masa Dan Waktu Tahun 4
    Matematik Tahun 3
    Matematik Tahun 4
    Menulis Angka Dalam Perkataan
    Nilai Tempat
    Nisbah Tahun 4
    Nombor Dan Operasi
    Operasi Bergabung
    Pecahan
    Pecahan Tahun 4
    PENDIDIKAN STEM
    Pengurusan Data
    Penukaran Unit
    PENULISAN JURNAL
    Perkongsian
    Perpuluhan
    Personal
    Pola
    Poligon
    Program Matematik
    Rangkaian Nombor
    Ruang
    Statistik Dan Kebarangkalian
    Sudut
    Sukatan Dan Geometri
    Tahun 1
    Tahun 2
    Tahun 3
    Tahun 4
    Tahun 4 Semakan
    Tahun 5
    Tahun 6
    Tambah
    Tambah Tolak Pecahan Tahun 4
    Teknologi Dalam Pendidikan
    Tertib Menaik Dan Tertib Menurun
    Tips
    Tolak Pecahan Tahun 4
    TOPIK
    Unit Panjang

    Bilangan Pengujung 

      Survey Pengunjung

    Submit
Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • JURNAL
  • Matematik
    • Tahun 1
    • Tahun 2
    • Tahun 3
    • Tahun 4
    • Tahun 5
    • Tahun 6
  • Mengenai Penulis
  • AKTIVITI TERKINI
  • KARYA
  • JOM KURUS
  • Live Chart