Serangan COVID-19 telah melanda di seluruh dunia. Sehingga kini menyebabkan beribu-ribu orang telah meninggal dunia. Dengan keadaan yang melanda Malaysia sekarang, kerajaan telah mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung COVID-19 terus menular dan membahayakan nyawa. Di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sebarang aktiviti sosial seperti kenduri, berjumpa kawan tidak dibenarkan sama sekali. Rumah-rumah ibadat, kawasan rekreasi juga ditutup bagi mengelakkan orang ramai berkumpul. Malah cuti sekolah juga telah dilanjutkan sehingga 31 Mac 2020 (jika tiada sebarang perubahan). Sepatutnya minggu ini, sesi persekolah bermula, tetapi masing-masing akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan. Apa yang salah lihat di Facebook, ramai guru yang mula mengambil inisiatif untuk mengadakan kelas secara online. Murid-murid dapat memanfaat masa PKP dan pengajaran dan pembelajaran tetap berlaku. Sememangnya saya kagum dengan semangat guru-guru, bukan sahaja anak murid sendiri dapat belajar anak murid yang lain pun dapat manfaatnya. Pada saat ini, kita semua berjuang bagi memastikan penularan COVID-19 dapat dibendung. Para guru juga berjuang bagi memastikan anak-anak murid dapat belajar walaupun masing-masing tidak berada di sekolah. Pelbagai Platform yang digunakan ada di antara guru yang menggunakan Google Classroom, Microsoft Teams, Berkongsi soalan di Google Form, Zoom dan ada yang bersiaran di Youtube. Dari laman FB Kementerian Pendidikan Malaysia turut menggalakkan ibu bapa untuk bina suasana persekolahan dalam rumah supaya sesi pembelajaran berlaku. Di zaman teknologi yang serba canggih ini guru-guru berjaya gunakan dan memanfaatkannya semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Lihatlah teknologi amat membantu dan pada masa yang sama jika disalah guna ia memberikan kesan negatif. Pesanan saya, hentikan menyebar maklumat yang tidak tepat. Wahai guru teruskan perjuangan menyampaikan ilmu!
0 Comments
Leave a Reply. |
SUPPORT US
Telegram eMathPROJEK SEPILING YOUNG ENGINEER 100% Dana berjaya dikumpul. Terima Kasih Semua!
![]() Arkib
December 2020
KANDUNGAN
All
Bilangan Pengujung |