Pusat STEM negara sedang mempergiatkan usaha untuk menyebar luas mengenai Pembelajaran Matematik Secara Inkuiri di peringkat sekolah. Ia bagi mengukuhkan kefahaman disamping menyemai minat murid dalam mata pelajaran Matematik. Alhamdulillah, saya diberi peluang untuk berkongsi mengenai Pembelajaran Matematik Secara Inkuiri bersama 19 orang guru dari PPD Baram antaranya dari SK Dato' Sharif Hamid, SK Poyut, SK Good Sheperd dan SK Lubok Nibong. Hari ini saya sempat berkongsi mengenai Pembelajaran Matematik Secara Inkuiri, serta 2 aktiviti berasaskan Inkuiri Penemuan iaitu Penambahan Pecahan dan Nombor Perdana. Selain daripada 2 aktiviti tersebut saya juga berkongsi mengenai penulisan Jurnal Matematik . Sebelum saya memulakan aktiviti, semua guru cuba memahami bagaimana perlaksanaan PdPc yang dikatakan sebagai "Inkuiri' dan apa bezanya dengan PdPc yang lain? ![]() Sebaik sahaja selesai aktiviti, rakan guru diminta untuk menulis Jurnal. Semoga penulisan jurnal pembelajaran ini dapat disebarkan ke semua sekolah. Penulisan jurnal juga boleh dijadikan evidens serta petunjuk sejauh mana kefahaman murid dalam sesuatu kemahiran yang telah mereka pelajari. Penulisan Jurnal selepas Aktiviti Nombor Perdana. Jurnal berikut merupakan jurnal penyelesaian masalah. Terima kasih kepada PPD Baram, SISC+ Puan Tang, SISC+ Puan Clara kerana sudi menjemput saya untuk berkongsi mengenai PMSI. Semoga lebih ramai guru dan murid yang akan mendapat manfaatnya. ![]()
0 Comments
Leave a Reply. |
SUPPORT US
Telegram eMathPROJEK SEPILING YOUNG ENGINEER 100% Dana berjaya dikumpul. Terima Kasih Semua!
![]() Arkib
December 2020
KANDUNGAN
All
Bilangan Pengujung |