CIKGU SAFFUAN
  • JURNAL
  • Matematik
    • Tahun 1
    • Tahun 2
    • Tahun 3
    • Tahun 4
    • Tahun 5
    • Tahun 6
  • Mengenai Penulis
  • AKTIVITI TERKINI
  • KARYA
  • JOM KURUS
  • Live Chart
Picture

Program Pintar Sifir

8/4/2017

7 Comments

 
​Pada 18 Januari sehingga 20 Oktober 2016 telah berlansung Program Pintar Sifir Peringkat Sekolah. Program Pintar Sifir bertujuan menggalakkan murid-murid untuk menguasai sifir untuk membantu mereka dalam menyelesaikan masalah matematik serta mewujudkan persaingan positif dalam kalangan murid sendiri. Di samping itu, program ini bermatlamat untuk meningkatkan prestasi murid dalam peperiksaan penilaian pada masa hadapan.
 
​Sepanjang program berlansung banyak proses penambahbaikan dilakukan supaya kualiti program ini dapat dipertingkatkan. Selepas penilaian dibuat sepanjang program berlansung, Panitia Matematik Sekolah Kebangsaan Long Sepiling membahagikan Program Pintar Sifir kepada fasa-fasa seperti berikut:

 Fasa 1
Januari - Jun
1. Fasa ini murid-murid diminta untuk menghafal sifir dan mengisi kad-kad sifir dengan tanda tangan guru-guru. Murid bersaing sesama sendiri untuk mengumpulkan kad sifir sebanyak yang mungkin.
Picture
Kad Pintar Sifir yang digunakan murid SK Long Sepiling
Picture
Bahagian yang perlu ditandatangan. Murid berjumpa dengan mana-mana guru dan membaca sifir, jika sifir dibaca dengan betul dan berjaya menjawab soalan sifir akan mendapat tanda tangan. Kad Design cikgugrafik.com
​​Fasa 2
Julai - Ogos
1. Murid-murid diberikan pendedahan tentang teknik-teknik untuk menghafal sifir seperti menggunakan jari, melukis gambar rajah bintang dan sifir nombor telefon
2. Murid murid kemudian menghafal sifir dan mengisi kad-kad sifir dengan tanda tangan guru-guru
 
Fasa 3
Ogos - Oktober
1. Setiap pagi diantara jam 6.30 pagi sehingga 7.00 pagi Rabu, Khamis dan Jumaat murid-murid mengisi Jadual Sifir. Murid-murid tahun 1 turut diberikan pendedahan tentang cara-cara mengisi Jadual Sifir.
2. Murid yang tidak menguasai kemahiran mengisi Jadual Sifir mereka dibimbing oleh rakan-rakan yang mahir.
Picture
Picture
Murid tahun 2 yang sedang dibimbing murid tahun 3 untuk mengisi sifir
​Fasa 4
17-21 Oktober
Kuiz Matematik dijalankan untuk menguji kemahiran mencongak dan menghafal sifir.
 
Kelemahan :
 
a) Program Pintar Sifir bertujuan untuk menjadikan menghafal sifir sebagai budaya sekolah namun begitu penglibatan murid semakin merosot memandangkan Program Pintar berlansung dalam tempoh yang lama.
 
b) Murid tidak bermotivasi apabila melihat rakan-rakan yang lain berjaya mengumpul banyak kad sifir dan mereka rasa rendah diri dan tidak mampu untuk menyaingi rakan-rakan yang lebih cekap.
 
c) Murid terutamanya murid tahun 2 yang sering menghilangkan kad Pintar Sifir.
 
Kekuatan :
 
a) Pada asalnya program ini hanya menfokuskan kepada menghafal sifir namun pendekatan mempelbagaikan intipati program sedikit sebanyak mendedahkan kepada murid dan guru tentang cara menghafal sifir dengan lebih menarik
 
b) Panitia Matematik mendapati murid seawal tahun 1 berjaya mengisi Jadual Sifir secara penambahan berulang dan murid tahun 3 dan tahun 4 menguasai sifir dengan baik.
 
c) Program Pintar Sifir berjaya mewujudkan budaya menghafal sifir sepanjang tahun di sekolah.
 
d) Program Pintar Sifir mendapat kerjasama yang sangat baik dalam kalangan guru dan staf sokongan di sekolah, murid dapat peluang yang besar untuk memenuhkan kad sifir mereka dengan tanda tangan.
 
Cadangan Penambahbaikan :
 
Berdasarkan kekuatan dan kelemahan yang telah dikenal pasti, berikut adalah cadangan penambahbaikan Program Pintar Sifir untuk pada masa akan datang.
 
a) Memandangkan program ini berlansung dalam tempoh yang agak lama, guru menetapkan target supaya murid masing-masing berusaha untuk mencapai target dan mengurangkan jurang persaingan antara murid yang cemerlang dan lemah. Target-target tersebut ditetapkan berdasarkan beberapa fasa yang ditetapkan oleh guru matematik
 
b) Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan dan ahli-ahli kumpulan terdiri daripada murid cemerlang dan murid lemah. Ia bertujuan untuk membimbing murid sesama mereka dan memudahkan guru membuat pemantauan. Selain itu mereka sesama ahli akan membimbing rakan-rakan untuk mencapai target memenuhkan kad sifir dengan tanda tangan.
 
c) Pada masa akan datang guru boleh berikan penghargaan bagi murid yang berjaya mencapai target secara berkumpulan seperti yang dinyatakan di b) dengan memberikan hadiah seperti gula-gula. Selain daripada itu, kumpulan yang berjaya mencapai target dibenarkan untuk menonton tayangan video.
 
Kriteria Pencalonan Anugerah Murid Pintar Sifir Peringkat Sekolah 2016
 
            Setelah program dijalankan dan penilaian yang telah dibuat oleh guru-guru Matematik, dua orang murid akan dicalonkan sebagai penerima anugerah Murid Pintar Sifir untuk pertama kali di peringkat sekolah bagi tahun 2016. Murid-murid tersebut dipilih berdasarkan kriteria-kirteria berikut;
 
a) mengumpul Kad Sifir yang paling banyak dari tempoh Januari sehingga Jun
b) dapat mengisi Jadual Sifir kurang daripada 3 minit tanpa sebarang kesalahan
c) menguasai kesemua sifir dari 2 sehingga 13 dengan baik
d) dapat menjawab soalan sifir secara rawak dan mencongak jawapan tanpa sebarang kesalahan
e) murid-murid tersebut adalah pemenang bagi kuiz congak matematik yang dijalankan pada    17-20 Oktober 2016 sempena Minggu Matematik.

Saya berharap  agar program ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang dan Program Pintar Sifir terus menjadi program tahunan sekolah. Semoga Allah memberkati niat murni kami ini dan seluruh pihak yang terlibat dalam menjayakannya.  Diharap program ini akan terus menjadi program tahunan sekolah. Sebarang cadangan penambahbaikan dari rakan-rakan guru amat saya hargai.

Cikgu Saffuan
7 Comments
NANTHANE
7/2/2018 08:00:17 am

boleh dapat soft copy kad pintar

Reply
nurul
26/2/2018 09:59:23 am

saya nak softcopy boleh cikgu.? ;)

Reply
osman mohamad
12/2/2020 11:42:13 am

mohon share cikgu

Reply
Suraya
4/9/2020 11:16:27 am

Boleh minta softcopy

Reply
Yuhana Omar
20/4/2021 11:59:51 am

Salam
Mohon share dan boleh saya dapatkan softcopy Kad Pintar Sifir?
Terima kasih.

Reply
Tony Anak Labang
23/4/2021 10:17:06 am

Boleh minta soft copy untuk kad sifir kah cikgu? Tq

Reply
NABILAHANI AZIZ
8/10/2021 11:35:29 am

boleh mintak softcopy cikgu

Reply



Leave a Reply.

    SUPPORT US

    Telegram eMath

    Picture
    PROJEK SEPILING YOUNG ENGINEER 100% Dana berjaya dikumpul. Terima Kasih Semua!
    Picture

    Picture

    Arkib

    December 2020
    November 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    February 2019
    November 2018
    October 2018
    September 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    January 2018
    December 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017

    KANDUNGAN

    All
    Anggaran
    Bahagi
    Bahagi Pecahan
    Bahasa Korea
    Bentuk 3D
    Bundar
    Cara Menyebut Nombor
    Darab
    Inkuiri Matematik
    Kadaran Tahun 4
    Kelas Online
    Kisah Guru Pedalaman
    KOKURIKULUM
    Koordinat
    Koordinat Tahun 3
    Koordinat Tahun 4
    Koordinat Tahun 5
    Masa
    Masa Dan Waktu Tahun 4
    Matematik Tahun 3
    Matematik Tahun 4
    Menulis Angka Dalam Perkataan
    Nilai Tempat
    Nisbah Tahun 4
    Nombor Dan Operasi
    Operasi Bergabung
    Pecahan
    Pecahan Tahun 4
    PENDIDIKAN STEM
    Pengurusan Data
    Penukaran Unit
    PENULISAN JURNAL
    Perkongsian
    Perpuluhan
    Personal
    Pola
    Poligon
    Program Matematik
    Rangkaian Nombor
    Ruang
    Statistik Dan Kebarangkalian
    Sudut
    Sukatan Dan Geometri
    Tahun 1
    Tahun 2
    Tahun 3
    Tahun 4
    Tahun 4 Semakan
    Tahun 5
    Tahun 6
    Tambah
    Tambah Tolak Pecahan Tahun 4
    Teknologi Dalam Pendidikan
    Tertib Menaik Dan Tertib Menurun
    Tips
    Tolak Pecahan Tahun 4
    TOPIK
    Unit Panjang

    Bilangan Pengujung 

      Survey Pengunjung

    Submit
Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • JURNAL
  • Matematik
    • Tahun 1
    • Tahun 2
    • Tahun 3
    • Tahun 4
    • Tahun 5
    • Tahun 6
  • Mengenai Penulis
  • AKTIVITI TERKINI
  • KARYA
  • JOM KURUS
  • Live Chart