CIKGU SAFFUAN
  • JURNAL
  • Matematik
    • Tahun 1
    • Tahun 2
    • Tahun 3
    • Tahun 4
    • Tahun 5
    • Tahun 6
  • Mengenai Penulis
  • AKTIVITI TERKINI
  • KARYA
  • JOM KURUS
  • Live Chart
Picture

Projek Pengurusan Data Tahun 4

2/11/2020

1 Comment

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini saya akan berkongsi dengan pembaca sekalian mengenai Projek Pengurusan Data. Murid tahun 4 belajar Membina piktograf dan carta palang bagi data tak terkumpul. Tajuk ini saya mulakan dengan aktiviti murid bersoal jawab mengenai "makanan yang dijual di kantin sekolah" dan kemudiannya bersoal jawab mengenai "makanan yang menjadi pilihan dijual di kantin sekolah" 

Murid - murid kemudiannya diminta untuk merekod atau mengumpul data mengenai minuman kegemaran yang dijual di kantin sekolah, tanpa diberitahu bagaimanakah cara mereka mengumpul data. Berdasarkan pemerhatian saya, ada 3 cara yang murid gunakan untuk mengumpul data.
​
(1) Tulis secara tidak tersusun 
(2) Tulis nama kawan dan nama minuman
(3) Murid bina jadual dengan menyenaraikan minuman yang dijual di kantin dan menulis nama rakan

Selepas aktiviti guru dan murid bersoal jawab mengenai minuman yang mana menjadi pilihan? Bagi murid yang mengumpul data dengan cara yang tersusun, agak mudah untuk mereka menyatakan minuman yang mana paling digemari dan kurang digemari. 

Semasa di tahap 1, dari tahun 1 hingga tahun 2 murid belajar mengumpul data bermula dengan tahun 1 mereka mengumpul data dengan menggunakan bentuk gundalan. Walaubagaimanapun "cara" menggunakan bentuk gundalan penting, adakah dari data tak terkumpul tukar menjadi bentuk gundalan atau bagaimana cara yang betul?

Daripada data yang mereka kumpul sendiri secara manual dengan cara bertanya kepada rakan dan mencatatnya di dalam kertas, murid belajar untuk mengumpul data dengan menggunakan aplikasi dalam talian seperti Google Form atau Strawpoll. Bagi saya Strawpoll lebih ringkas dan mudah untuk murid bina. Daripada Strawpoll, data yang diperolehi boleh dimuat turun dalam file xlsx.

Berdasarkan Buku Matematik Tahun 4 muka surat 235 bahagian Teroka Ria, murid menjalankan aktiviti menggunakan data yang diberikan dan juga perisian MS Excel. Cuma, saya minta murid menggunakan data yang dikumpulkan sendiri secara manual dan juga menggunakan perisian dalam talian Strawpoll.
Picture
1 Comment
NURUL AIN
2/11/2020 12:27:08 pm

Good

Reply



Leave a Reply.

    SUPPORT US

    Telegram eMath

    Picture
    PROJEK SEPILING YOUNG ENGINEER 100% Dana berjaya dikumpul. Terima Kasih Semua!
    Picture

    Picture

    Arkib

    December 2020
    November 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    February 2019
    November 2018
    October 2018
    September 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    January 2018
    December 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017

    KANDUNGAN

    All
    Anggaran
    Bahagi
    Bahagi Pecahan
    Bahasa Korea
    Bentuk 3D
    Bundar
    Cara Menyebut Nombor
    Darab
    Inkuiri Matematik
    Kadaran Tahun 4
    Kelas Online
    Kisah Guru Pedalaman
    KOKURIKULUM
    Koordinat
    Koordinat Tahun 3
    Koordinat Tahun 4
    Koordinat Tahun 5
    Masa
    Masa Dan Waktu Tahun 4
    Matematik Tahun 3
    Matematik Tahun 4
    Menulis Angka Dalam Perkataan
    Nilai Tempat
    Nisbah Tahun 4
    Nombor Dan Operasi
    Operasi Bergabung
    Pecahan
    Pecahan Tahun 4
    PENDIDIKAN STEM
    Pengurusan Data
    Penukaran Unit
    PENULISAN JURNAL
    Perkongsian
    Perpuluhan
    Personal
    Pola
    Poligon
    Program Matematik
    Rangkaian Nombor
    Ruang
    Statistik Dan Kebarangkalian
    Sudut
    Sukatan Dan Geometri
    Tahun 1
    Tahun 2
    Tahun 3
    Tahun 4
    Tahun 4 Semakan
    Tahun 5
    Tahun 6
    Tambah
    Tambah Tolak Pecahan Tahun 4
    Teknologi Dalam Pendidikan
    Tertib Menaik Dan Tertib Menurun
    Tips
    Tolak Pecahan Tahun 4
    TOPIK
    Unit Panjang

    Bilangan Pengujung 

      Survey Pengunjung

    Submit
Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • JURNAL
  • Matematik
    • Tahun 1
    • Tahun 2
    • Tahun 3
    • Tahun 4
    • Tahun 5
    • Tahun 6
  • Mengenai Penulis
  • AKTIVITI TERKINI
  • KARYA
  • JOM KURUS
  • Live Chart