Alhamdulillah pada tahun 2018, saya berpeluang untuk berkongsi mengenai pendidikan STEM di Kolokium Pendidikan STEM yang diadakan di Zon Sarawak di UNIMAS, Zon Sabah di Universiti Malaysia Sabah, Zon Timur di Universiti Malaysia Kelantan dan Zon Utara di UPSI. Semasa di Kolokium Pendidikan STEM, guru-guru dari seluruh negeri akan datang dan berkumpul dan terlibat dalam sesi Hands-On yang dikendalikan oleh guru-guru yang mempunyai kepakaran dalam bidang Pendidikan STEM. Saya rasa betuah kerana dapat menghadiri Kolokium Pendidikan STEM dan rasa bertuah dapat berkenalan dengan guru hebat serta menjadi ikon kepada guru lain di Malaysia. Di antaranya Cikgu Hailmi. Nama yang selalu kita dengar dan banyak input beliau kongsikan mengenai PAK21 di blog beliau. ![]() INSPIRASI CIKGU HAILMI Semasa sebelum posting saya sempat membaca kisah beliau "Guru Hebat Dari Pedalaman Sarawak" yang ditulis pada Mac 2014, masa itu saya belajar di tahun akhir IPG Kampus Pulau Pinang. Kemudian, beliau kongsikan lagi kisah "Kenangan Akhir di Bumi Sibu" secara kebetulan, pada masa itu saya sudah pun menerima tawaran untuk Berkhidmat di Sarawak pada tahun 2015. BUKU STEM AMALAN BILIK DARJAH Cikgu Hailmi tidak asing lagi bagi semua warga pendidik di Malaysia, beliau banyak berkongsi ilmu dan turut memberikan inspirasi melalui penulisan beliau. Semasa di Kolokium Pendidkan STEM di UMS, Sabah, kami banyak berbual-bual mengenai pengalaman serta hala tuju pendidikan STEM di Malaysia. Semasa berbicang, saya akui bahawa kurang buku-buku mengenai Pendidikan STEM, walaupun banyak sumber rujukan, ia padat dan sukar difahami. Pernah saya mencari buku mengenai Pendidikan STEM di Kinokunya, malangnya tak jumpa pun. Berdasarkan buku yang ada di pasaran pun, kadang-kadang saya tertanya-tanya apakah ia sesuai untuk dilaksanakan dan bagaimana untuk melaksanakannya di dalam bilik darjah? Alhamdulillah, perkenalan saya dengan Cikgu Hailmi menemukan saya dengan buku mengenai STEM dan beliau pun ada menulis buku mengenai Pendidikan STEM. Mungkin ini buku yang saya cari. "Cikgu Hailmi, saya tengok buku ni dulu naa..." KENAPA ANDA MESTI BELI BUKU INI?
Buku ini ditulis oleh Guru Cemerlang Sains yang giat mempromosikan Pendidikan STEM di seluruh Malaysia pada tahun 2018. Malah penulis sudah mempunyai pengalaman mengajar 12 tahun dalam subjek Sains serta banyak berkongsi bahan-bahan mengenai Sains dan Pendidikan STEM di blog beliau. Saiz buku yang tidak terlalu besar, anda boleh bawa dan membacanya di mana sahaja dan saja jenis orang yang selesa membaca bahan-bahan bercetak dari bahan berbentuk e-book. Reka bentuk grafik serta buku ini mempunyai banyak gambar contoh perlaksanaan Pendidikan STEM menjadikan buku ini menarik untuk dibaca ringkas dan padat. Buku ini boleh saya katakan ia merangkumi aspek-aspek pendidikan STEM yang saya ingin ketahui terutamanya perlaksanaannya sebagai amalan di dalam kelas. Buku ini memuatkan pengalaman beliau sendiri di sekolah. Selain daripada itu, apa yang menarik perhatian saya iaitu mengenai perlaksanaan Pendidikan STEM di Korea Selatan semasa beliau terlibat dengan KOMTEP pada tahun 2015. Jangan risau ye, buku ini juga sesuai dimilik oleh guru-guru sekolah rendah. Apa tunggu lagi? Anda boleh dapatkan buku ini, rujuk pada poster. Saya rasa tak rugi jika anda melabur wang untuk ilmu.
0 Comments
Leave a Reply. |
SUPPORT US
Telegram eMathPROJEK SEPILING YOUNG ENGINEER 100% Dana berjaya dikumpul. Terima Kasih Semua!
![]() Arkib
December 2020
KANDUNGAN
All
Bilangan Pengujung |