Permulaan Tahun 2020 bermula dengan aku bermesyuarat di sekolah baru, Sekolah Kebangsaan Dato Sharif Hamid, di Marudi. Sekolah ini terletak di pinggir Sungai Baram kira-kira 3 jam dari Long Sepiling jika menggunakan jalan sungai. 1 Januari 2020 aku bertolak ke Sekolah Kebangsaan Long Sepiling untuk mengambil barang-barang aku di kuaters serta Nota Serah Tugas. Perasaan pulang ke SK Long Sepiling kali ini sangat berbeza. Sangat Sayu. Aku menerima surat penempatan semula atau redeployment pada minggu kedua semasa cuti sekolah ketika dalam perjalanan pulang dari Genting Highlands. Aku bersyukur dan redha dengan ketentuan Allah s.w.t walaupun sedikit berat untuk meninggalkan sekolah lama, aku terima dengan hati yang terbuka dengan harapan aku dapat belajar sesuatu di sekolah baru. Pada waktu sebelah malam sehari sebelum aku meninggalkan sekolah, aku berpeluang memberikan sepatah dua kata terakhir sebelum pergi. "Inilah guru-guru yang tinggal, hormat mereka, jangan lawan cakap Guru, guru-guru kamu ini semuanya berpisah dengan keluarga sebab nak didik kamu semua" Aku mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar yang banyak memberikan dorongan dan peluang untuk aku menimba ilmu di luar sepanjang aku berkhidmat. Seronok dapat hadiah dari Guru Besar Dapat surat dari anak murid Rasa sangat dihargai Surat daripada anak murid saya "Cikgu jangan buang surat ini, sebab kalau cikgu baca surat ini cikgu akan ingat tentang kami di sini. Cikgu jangan sedih, selagi cikgu hidup saya masih dapat jumpa cikgu. Maafkan saya cikgu. Hanya maut boleh pisahkan kita. Jangan lupa kami. I love You. You My Hero." Tibanya hari terakhir Letih mengangkat barang dari rumah ke jeti sekolah Jeti sekolah ke ekspress Ekspress ke wharf Wharf ke kereta Kereta ke depan rumah Depan rumah ke atas rumah Terima kasih tak terhingga kepada yang membantu. Aku tak mampu nak buat semua ini seorang diri. Hari ini hari yang amat menyedihkan. Sampai aku tak mampu nak mengalirkan air mata. Hari perpisahan dengan sekolah pertama aku jejakkan kaki, sekolah pertama aku bergelar seorang guru. Lebih sedih lagi, meninggalkan anak-anak murid yang sekian lama membesar di depan mata aku. Dari belum mengenal A, B, C dan 1,2,3 sampai dah pandai sifir dan membaca. Inilah kegembiraan seorang guru.
Ada anak-anak murid di sini menumpang kasih sayang guru-guru mereka, guru-guru ibarat ibu dan ayah. Betapa guru-guru di SK Long Sepiling sayangkan anak-anak murid mereka. Aku pun begitu, suka menyakat anak-anak di Sepiling. Ada sahaja aku suka kenakan anak-anak ini. Kalau pergi mana mana mesti teringat nak beli cenderamata. Duit raya pun asing siap siap untuk anak-anak murid di Long Sepiling walaupun mereka tak menyambut Hari Raya. Cikgu nak bagi feel sambutan Hari Raya dengan siap bawa kuih raya lagi dari kampung Waktu itu, terlintas di fikirkan aku, kenangan manis kami bersama-sama. Kebanyakkanya kenangan manis bersama-sama anak murid. Sama-sama naik kapal terbang, Sama-sama kita berjalan, malah sama-sama kita mencipta kejayaan. Terima kasih kerana hadir dalam hidup aku. 5 tahun masa di Sepiling hanyalah pinjaman. Aku lebih ingatkan kenangan manis dari yang pahit terpaksa aku tempuhi. Akhirnya hari ini segala-galanya berakhir. Tapi kenangan di sana akan tetap segar dalam ingatan. Jangan sedih, dalam hidup ia sudah menjadi adat. Ada pertemuan dan ada perpisahan. Bagi aku, aku kena cepat untuk move on, beradaptasi dengan suasana baru. Ada ramai anak-anak murid di sini dan aku ingin mencurahkan ilmu selagi hayat dikandung badan. Semoga "keluarga" baru di Marudi, menerima kehadiran anak perantauan yang kerdil ini. Semoga kita dapat cipta kenangan manis di sini InsyaAllah ☺️
1 Comment
|
SUPPORT US
Telegram eMathPROJEK SEPILING YOUNG ENGINEER 100% Dana berjaya dikumpul. Terima Kasih Semua!
![]() Arkib
December 2020
KANDUNGAN
All
Bilangan Pengujung |