Cikgu Muhammad Saffuan Bin Jaffar
Mengenai Penulis

Muhammad Saffuan bin Jaffar atau dikenali sebagai Cikgu Saffuan menerima pendidikan awal di SK Sungai Nibong Pulau Pinang. Menerima pendidikan menengah di dua buah sekolah iaitu SMK Bukit Jambul pada tahun 2002 hingga 2005 dan MRSM Balik Pulau dari tahun 2005 hingga 2006.
Cikgu Saffuan merupakan bekas pelajar guru dari Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang dalam jurusan Matematik Pendidikan Rendah. Cikgu Saffuan mula berkhidmat di SK Long Sepiling dari tahun 2015 - 2019. Sekarang Cikgu Saffuan berkhidmat sebagai guru Matematik di SK Dato Sharif Hamid, Marudi, Sarawak.
Cikgu Saffuan kini telah tamat pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Pendidikan (Matematik) di Universiti Kebangsaan Malaysia. Cikgu juga telah menerbitkan beberapa buah buku penerbitan bersama dan penerbitan secara persendirian antaranya Modul Multimedia PAK21 dan Murid Tanya Cikgu Math Jawab.
Pada tahun 2018 Cikgu Saffuan telah menerima penghargaan daripada PPD Baram sebagai Guru Cemerlang Kokurikulum dan Ikon STEM Negeri Sarawak daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.